0
RM0.00 0 items

No products in the cart.

Kursus Jangka Pendek

Kursus-kursus jahitan untuk semua lapisan masyarakat dari pelajar sekolah menengah hingga ke warga emas.

Kursus-Kursus Jangka Pendek Dalam Bidang Jahitan di Eduverse Academy

*Kursus in diadakan atas permintaan sahaja. Sila hubungi Whatsapp En Muhaimin di nombor, +6018 7022314 untuk mendapat maklumat lanjut.

Baju Kurung Moden

Baju Kurung moden merupakan baju kurung asas yang paling popular di kalangan masyarakat Malaysia

Durasi: 3 hari

Baju Melayu Moden

Baju Melayu Moden merupakan baju melau asas yang dipakai oleh kaum lelaki Melayu. 

Durasi: 5 hari

Jubah/Abaya

Jubah/Abaya merupakan pakaian yang mudah dijahit, namun tetap elegen dipakai. 

Durasi: 2 Hari

Kurung Pesak Gantung

Juga dinamakan Baju Kurung Riau, jenis baju kurung ini lebih bergaya dan sesuai dipakai semasa menghadiri majlis/perayaan.

Durasi: 3 Hari

Kurta

Kurta merupakan pakaian kemeja lelaki yang berasal dari negara India dan Pakistan. Sesuai dijadikan pakaian harian atau ketika menghadiri majlis.

Durasi: 2 Hari

Telekung

Telekung adalah pakaian utama kaum wanita semasa beribadah samada di masjid mahupun di rumah.

Durasi: 2 Hari

Kursus 1 Hari

Kursus Melukis Pola Pakaian

Adakah anda mahir menjahit tetapi belum mahir dalam melukis pola pakaian? Kursus ini akan melatih peserta teknik melukis pola pakaian pilihan peserta samada Baju Kurung, Kebaya mahupun Baju Kemeja. Semua alat tulis dan kertas pola disediakan.

Di penghujung kursus ini, peserta akan berupaya:

  • Melukis pola pakaian pilihan
  • Menggunting pola
  • Menyusun pola pada fabrik, menanda serta memotong fabrik

Tarikh: Sabtu 14 Jun 2025
Durasi : 1 hari
Lokasi: Eduverse Academy, Bandar Baru Bangi
Yuran Penyertaan: RM99/pax
Jenis Pola: Baju Kurung Moden | Baju Kurung Kedah/Pesak | Baju Kebaya | Baju Kemeja 
Peralatan: Semua alat tulis dan kertas akan disediakan.

Klik untuk mendaftar

Kursus Illustrasi Fashion Digital

Dalam kurus illustrasi fesyen digital, peserta akan mempelajari kemahiran melukis illustrasi fesyen atau juga dikenali sebagai lukisan teknikal fesyen. Lukisan teknikal ini penting dalam menyampaikan kepada pelanggan rekabentuk dan ciri-ciri pakaian yang hendak dijahit. Ia juga membolehkan pelukis pola memahami dan merancang lukisan pola pakaian bagi mendapat potongan kain yang paling efisyen.

Di penghujung kusus ini, peserta akan berupaya:

  • Menterjemah idea dan membuat lukisan teknikal fesyen menggunakan komputer menggunakan perisian Adobe Illustrator atau Affinity Designer.
  • Mengeksport rekaan ke dalam format yang boleh dicetak atau dihantar secara digital kepada pelanggan.

Tarikh: Sabtu 21 Jun 2025
Durasi : 1 hari
Lokasi: Eduverse Academy, Bandar Baru Bangi
Yuran Penyertaan: RM99/pax
Peralatan: Sila bawa laptop anda bagi menyertai kelas ini. Perisian Affinity Designer akan disediakan kepada peserta.

Klik untuk mendaftar

Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi atau Whatsapp En Muhaimin di nombor, +6018 7022314.

Bengkel Kemahiran

Klik banner di atas untuk maklumat lanjut
Klik banner di atas untuk maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila isikan borang pertanyaan di bawah:


linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram