Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Jabatan Pembangunan Kemahiran
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) merupakan program pensijilan bidang kemahiran yang dianjurkan Jabatan Pembagunan Kemahiran (JKM). Ia membolehkan penyeragaman pembelajaran bidang kemahiran di Malaysia. Lepasan kursus SKM mempunyai kebolehpasaran yang tinggi hasil dari pembelajaran yang memfokuskan kepada industri. Eduverse Academy menawarkan kursus SKM tahap 1 hingga 4 dalam bidang jahitan dan menghasilkan graduan berkemahiran tinggi bagi menghadapi bidang fesyen yang mencabar.
Tahap-tahap SKM Bidang Jahitan
TAHAP 1
Tahap 1 merupakan asas kepada bidang jahitan dan mengikut NOSS terbaharu, ia digabungkan dengan tahap 2. Pelatih akan bermula pada Tahap 2 sebelum beralih kepada Tahap 3 dan seterusnya
TAHAP 2
NOSS baharu menggabungkan Tahap 1 dan 2 dan memendekkan massa belajar kepada 8 bulan sahaja. Dalam tahap 2, pelatih dilatih untuk mahir dalam menjahit pelbagai jenis pakaian seperti, Baju wanita, kanak-kanak, tudung dan lain-lain.
TAHAP 3
Tahap 3 memperkenalkan pelatih kepada pengurusan kerja-kerja menjahit. Ini akan membolehkan graduan tahap 3 menguruskan kerja-kerja jahitan di kilang mahupun butik.
TAHAP 4
Sijil SKM Tahap 4 menyamai sijil advance diploma dalam bidang pendidikan lain. Ia mengesahkan graduannya boleh mereka atau mengayakan fesyen dengan sendiri dan melukis paten.